Rabu, 18 April 2012

Emosi yang bercampur aduk

Hai Kawan-kawan semua!
Sekali lagi Yayah kembali daripada cuti panjang (Bekerja).
Sekarang Yayah dah bebas bermaksud Yayah tak bekerja lagi. Sekarang Yayah nak tumpukan perhatian kepada pelajaran pula.

Dah selesai segala urusan tentang SPM, beban Yayah dah jadi ringan sedikit. Keputusan yang Yayah dapat mampu membanggakan keluarga setakat ini walaupun pada tahap yang biasa sahaja.
Nak tahu berapa yang Yayah dapat?? *hehehehe* kenalah 'PM' Yayah nanti.

Yayah dalam perancangan nak edit semula blog nih, tetapi kekeringan idea. Siapa yang sanggup bagi idea pada Yayah?? akan Yayah beri dia seluruh anggota Super Junior *hahaahahaha,mustahil*


YOYOYO Yeah!!!!
Yayah tak dapat menahan kegembiraan apabila melihat Kangin appa sudah keluar dari latihan tentera!!


Selepas itu, Leeteuk oppa pula dijangka akan masuk latihan tentera pada bulan Oktober *diingatkan bahawa ini hanyalah jangkaan*
(huhuhuhuhuhu)
Satu-persatu ahli akan keluar masuk kem tersebut pada setiap tahun.

Sebagai seorang ELF, Yayah sanggup tunggu sehingga mereka semua berkumpul semula untuk saling melengkapi satu sama lain. Yayah harap mereka berkekalan seperti senior mereka iaitu kumpulan Shinhwa.

Selepas banyak menaip entry ini, baru Yayah sedar yang banyak emosi dicampur adukkan. Inilah diri Yayah, suka melepaskan perasaan seperti ini.

Baiklah, Yayah berhenti dulu di sini. Banyak lagi kerja 'Pembangunan' blog yang perlu diselesaikan. Oppa-oppa Yayah pun dah menunggu untuk Yayah sokong mereka *hahahahaha xD*

Annyeong!!!


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST