Ahad, 15 Januari 2012

Salam Tahun Baru!!!

Hai semua!

(kenapa Hyukkie oppa pulak? bukan sepatutnya Ryeowook oppa?)

Jawapannya, suka hati Yayah nak letak siapa pun janji SUPER JUNIOR, hahahahahahaha *Gelak Jahat*
Baiklah, Yayah nak cerita sikit. Yayah dah mula bekerja pada hujung tahun 2011 di Kiosk
Hot n Roll, Brem Mall, Kepong *Promote nih*.
Oleh itu, Blog ini agak terbiar dan kesunyian tanpa tuannya.

(tengah bayangkan blog ini sedih macam Sungmin oppa sebab ditinggalkan Yayah xD )

Yayah agak susah nak kemaskini blog sekarang disebabkan kerja, maklumlah Yayah dah tak ada masa lapang seperti zaman sekolah dulu *Terasa nak menangis pulak*

Di samping itu, Yayah ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada rakan-rakan,adik-adik,
abang-abang dan kakak-kakak di luar sana *panjang sangat ucapan*
Mesti kamu semua pelik, hahahahaha. Maaflah, sekarang baru Yayah ada kesempatan untuk
mengucapkannya *lebih lambat daripada Heechul Oppa ucap xD*

*Tetapi, Yayah masih tak percaya yang sekarang sudah masuk tahun 2012 ?!*

Yayah dah tak pergi sekolah seperti murid biasa *lepasan SPM* , jadi apabila lihat adik-adik sekalian
pergi sekolah, membuatkan Yayah rindu sangat pada sekolah 

*menangis tak berlagu*.

Tetapi, Kesedihan Yayah terubat apabila yayah dapat Laptop dan Hanphone yang baru!

*Teruja sangat!!!*

*Hari-hari boleh online*

Owh ya, Yayah juga amat gembira apabila Super Junior menang Daesang di GDA!

*Terkejut apabila dengar nama pemenang*

*Kemudian, Yayah meloncat kegembiraan*

*Selepas itu, Yayah kebali kepada normal dan memang dah agak yang mereka akan menang*

Baiklah, sampai di sini saja coretan Yayah kali ini. Kita berjumpa lagi di entry yang akan datang!

*Yayah akan kembali lagi bersama dengan abang-abang Super Junior*

*Yayah nak jadi trofi tuh! hahahaha xD*


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

1 ulasan:

Hidup anda di penuhi keberkatan