Rabu, 7 Disember 2011

Yayah's Comeback!


Apa khabar semua!!!!
Yayah dah kembali !!! ^^
Akhirnya peperiksaan SPM habis juga. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya semasa menjawab
semua soalan tersebut. Seperti yang dijanjikan, Yayah kembali untuk mengemaskini blog ini. Dah berhabuk
sangat semasa Yayah buka, banyak labah-labah lari lintang-pukang *cerita tak benar*
(Teringat lirik Kyu oppa dalam A-CHA "aseul-aseul maedallin nan sarang-ui spider")
 Baiklah, Yayah dah terpesong sikit, kembali semula kepada cerita *cerita apa pulak?*

(Yeorobun!! Yayah dah cuba sebaik mungkin untuk menjawab peperiksaan.)

Selepas ini, tiada lagi baju uniform sekolah di almari dan buku teks yang perlu dibalut.
Tiba-tiba saja Yayah dah mula rindukan sekolah dan kawan-kawan seangkatan serta guru-guru yang
tak jemu mengajar Yayah. Yayah hanya mampu berdoa dan berharap agar mendapat keputusan yang baik.


(Yayah sayang mereka semua kerana telah bekerja keras untuk menjalankan tugas masing-masing *chu~*)

Sekarang dah ada masa yang lapang, Yayah akan lepaskan kerinduan kepada dunia KPOP. Selain SUPER JUNIOR, Yayah nak ketahui segala 'updates' tentang artis Kpop yang lain setelah Yayah tinggalkan mereka selama setahun*sedih* untuk fokus kepada SPM.
Misi untuk memburu Beast,SHINee,Infinite dan banyak lagi akan bermula!

Yayah juga terfikir untuk edit balik blog nih semula. Kemungkinan akan ada sedikit perubahan sahaja.
Dah hampir 2 bulan Yayah hiatus daripada menulis blog. Minta maaf kepada pengunjung blog nih kerana Yayah tak sempat nak lawat blog anda. Lain kali,Yayah akan lawat ^^

Terima kasih juga kepada sesiapa yang membaca 'post' ini. Yayah betul-betul rindukan kamu semua.
Jumpa lagi di 'post' yang akan datang!
Bye!


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

4 ulasan:

  1. kalau dah dapat keputusan bagitahu u.u

    BalasPadam
  2. <3 yeah you're back <3 ngee !
    nanti nak spam kat sini lak ;D hahaha
    yeah2 kena tau sgala update dh skrg >3<
    Hwaiting! lol..

    BalasPadam
  3. hee,,wish your result will be DAEBAK ! heee.. :D

    BalasPadam
  4. golekgolek sini , kakak ta de shoutbox ke?

    BalasPadam

Hidup anda di penuhi keberkatan