Sabtu, 2 Julai 2011

Review Filem - Transformers : Dark of The Moon


Baiklah, saya ingin memberi pandangan serba sedikit tentang filem ini.

Saya pergi ke wayang tersebut dengan berpakaian sukan sekolah (Abang saya terus bawa saya ke sini semasa ambil saya dari Sekolah)
dan berasa gembira kerana mahu menonton Transformers.

Selepas saya mengambil tempat di dalam wayang, saya pun memulakan aktiviti yang biasa dilakukan iaitu makan bertih jagung.

Baiklah, cerita Transformers kali ini membuatkan saya ternganga di sebabkan kesan khas yang sememangnya hebat. Saya mula fokus kerana jalan ceritanya agak rumit untuk difahami.
Berlaku banyak pergelutan di antara puak Autobots dan Decepticons.

Lakonan heroin yang baru agak memuaskan hati.
Cabaran yang dilalui oleh mereka memang agak menarik.
Watak Ironhide telah dimatikan oleh Sentinel Prime yang merupakan bekas ketua mereka sebelum Optimus Prime.

Dalam cerita ini, Sentinel Prime telah mengkhianati puak Autobots kerana telah bekerjasama dengan Megatron, ketua puak Decepticons.
Mereka mahu memusnahkan dan menguasai bumi serta mengawal manusia.

Dunia telah ditakluki oleh puak Decepticons yang banyak tetapi tidak sekalipun dapat mematahkan semangat Sam Witwicky untuk berjuang bersama Autobots dalam misi menyelamatkan bumi.

Seperti yang diketahui, watak Protagonis yang akan selalu menang dalam menentang watak Antagonis.

Oleh itu, sudah pasti Autobots yang mengalahkan Decepticons.
Bagi saya, cerita kali ini agak menarik dari segi kesan khas yang terlihat seperti realistik.
Namun, pengakhiran ceritannya agak tergantung tetapi itu tidak menjadi halangan untuk anda menonton filem ini.

Kadar nilaian saya : 4 1/2 bintang

P.S - Tiket ini susah didapati juga sebab ramai yang mahu menontonnya. Nasib baiklah abang saya telah menempah tiket terlebih dahulu.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

1 ulasan:

  1. terima kasih atas review anda cik yayah! *ternganga skali~* LOL xD

    BalasPadam

Hidup anda di penuhi keberkatan