Sabtu, 16 Julai 2011

Review filem - Harry Potter : The Deathly Hallows


YOYOYOYO!!! Hari nih saya sudah menonton filem HARRY POTTER !!
Akhirnya dapat juga saya pergi wayang untuk menontonya.
Apa yang saya ingin katakan sekarang ialah saya amat sedih kerana cerita Harry Potter telah tamat.
Sesungguhnya saya peminat Harry Potter masih tidak dapat menerima kenyataan yang tiada lagi cerita Harry Potter yang akan diterbitkan.

J.K.Rowling adalah merupakan penulis terbaik yang berjaya menulis buku yang hebat.
Baiklah,pertama sekali yang ingin saya nyatakan, cerita dalam filem memang agak berbeza daripada cerita yang ditulis di dalam buku tetapi ia dapat memberikan sedikit gambaran tentang perjalanan cerita ini.
Cerita yang disambung daripada bahagian 1 memang berlalu agak cepat dan banyak bahagian yang dijangkakan tidak muncul namun sekalipun tidak mematahkan semangat saya kerana saya tahu bajet untuk membuat filem ini amatlah mahal.

Pertempuran yang berlaku memang memberi kesan yang hebat dan amat mencabar. Saya terasa seperti berada di dunia mereka.
Selepas Voldemort dikalahkan, Tiada lagi kejahatan yang akan berlaku di dunia magik dan sekolah Hogwarts.

Imej Harry Potter apabila sudah mempunyai anak kelihatan agak matang sedikit dan mereka mengekalkan pelakon yang asal.
Cuma apa yang saya boleh katakan, semuanya berlaku dalam sekelip mata dan tidak seperti perjalanan yang panjang ketika membaca buku Harry Potter.

Selepas ini, peminat-peminat Harry Potter termasuk saya dan Syazie pasti akan merindui cerita ini.
Saya masih tidak dapat menghilangkan perasaan sedih ini. Saya akan mengubati rindu ini dengan menonton kembali filem-filem Harry Potter yang lepas dan membaca semula kesemua bukunya.

P.S - Hari ini saya pergi menonton wayang berdua dengan Syazie . Memang satu pengalaman yang baru dan pulang pada waktu malam. Kami pergi tonton wayang di Brem Mall, Kepong.


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hidup anda di penuhi keberkatan