Sabtu, 2 Julai 2011

Larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia



Hari ini sekolah saya telah mengadakan larian serentak seperti kerajaan mahukan.
Semua sekolah di Malaysia melakukannya secara serentak kerana larian ini akan dicatatkan di dalam 'Malaysian book of records'.

Seperti biasa, saya perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk mendapatkan nombor giliran.
Selepas itu, kami melakukan senam aerobik yang dikendalikan oleh Cik Ainil.

Larian dimulakan pada pukul 7.40 pagi dan kami perlu mengelilingi sekolah sebanyak 4 kali.
Seterusnya, kami diberi rehat selama 30 minit.
Persatuan dan kelab di sekolah telah mengadakan jualan dan saya membeli nasi minyak sebagai santapan saya.

Apabila saya habis makan, saya meminta Syazie untuk memainkan lagu kegemaran kami
kerana sekolah memasang lagu yang akan membuatkan saya tertidur.
Tiba-tiba, datanglah satu peluang yang tak dapat kami tolak iaitu memasang lagu yang kami mahu untuk seluruh sekolah mendengarnya.
Tanpa berrfikir, kami memasang lagu 'Perfection' kerana lagu itu dalam bahasa Mandarin dan akan diterima oleh seluruh murid dan cikgu.

Saya memang seronok sangat kerana dapat mencapai impian yang selama ini terpendam.
(nak tahu cerita selanjutnya, baca blog Syazie)

Selepas tamat waktu persekolahan, Saya dan Syazie pergi ke Kafe berdekatan sekolah.
Seperti biasa, saya akan makan bubur ayam dengan Air Milo manakala Syazie makan nasi Ladna dengan Air Milo juga.
Semasa makan,Kami pun berborak tentang perkembangan dunia Kpop sambil melihat muzik video terkini.

Saya balik pada pukul 2.30, tetapi abang saya terus bawa saya ke wayang untuk menonton
Filem Transformers yang terbaru.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

1 ulasan:

  1. yeah~! siap cakap agy ape yg kter makan..xleh bla.. 0.0" hahaha xD teramat detail sprt biase~ ;))

    BalasPadam

Hidup anda di penuhi keberkatan