Ahad, 10 Julai 2011

Lagu BONAMANA diplagiat



Ketika saya tengah berbalas 'tweet' dengan kawan-kawan di Twitter, tiba-tiba masuk tweet berkaitan dengan plagiat (tak tahu plagiat? plagiat tuh macam copycat jugak_).
Nak tahu apa yang kena plagiat? Lagu Super Junior iaitu Bonamana telah di plagiat oleh artis daripada timur tengah iaitu TIRALINE (saya tak pernah dengar).

Persoalannya sekarang ialah sama ada mereka mempunyai kelulusan daripada SM Entertainment atau tidak?
Jika tidak, mereka memang sedang mencari nahas dengan syarikat rakaman yang amat berpengaruh di Korea Selatan itu.

Mereka juga tidak dapat lari daripada ELF yang peka dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi Super Junior yang tertindas.
Memang tidak dapat disangkal lagi lagu tersebut ialah Bonamana.

Diharapkan mereka mengambil sebarang tindakan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi.

Cuba anda dengar lagu tersebut dalam video di bawah :



P.S - Kalau nak cari rezeki yang halal, ini bukan caranya~


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

3 ulasan:

  1. woah..muzik sama! macam lagu bonamana dalam versi lain pulak..==" aduhzzz

    BalasPadam
  2. ah..tell me wae wae wae?! keep your head down .. *crazy mood on*

    BalasPadam

Hidup anda di penuhi keberkatan