Rabu, 15 Jun 2011

Ryeowook Di sidang media untuk promosi teaternya.



KYYAAAAAA!!!! (menjerit sekejap)
Ryeowook Oppa !!!!

Hari ini saya terlebih gembira apabila melihat segala informasi,video dan gambar yang berkaitan dengan sidang media yang diadakan untuk teater muzikal yang di bintangi oleh Ryeowook daripada Super Junior.

Muzikal yang bertajuk "Temptation of the Wolves" menceritakan kisah percintaan di kalangan pelajar sekolah, dan menghadapi pelbagai halangan untuk memenangi hati seorang gadis.
Kim Ryeowook memegang watak Jung Taesung yang merupakan watak utama di dalam teater muzikal yang akan di persembahkan.

Watak Taesung merupakan seorang yang pemalu dan mempunyai wajah yang agak manis namun mempunyai sisi yang mempunyai kekuatan untuk melindungi dirinya dari segala halangan.

Kim Ryeowook juga dikatakan akan menunjukkan sisi dirinya yang lain dan amat berbeza daripada kehidupan dan diri yang sebenar.

Teater muzikal ini merupakan permulaan debutnya sebagai pelakon teater. Tidak dinafikan lagi dengan kebolehannya menyanyi dan mempunyai suara yang merdu dan bakat sebagai seorang pelakon, dia layak untuk memegang watak ini.

Ryeowook yang buat pertama kali melibatkan diri dalam dunia pementasan teater, telah menerima sokongan dan dorongan daripada ahli Super Junior dan peminatnya.
Dia menyatakan perasaan bersyukur melalui laman Twitter dan berharap agar peminatnya mahupun pecinta teater untuk menonton pementasan tersebut.
^.....^
Hahahaha (tumpang gelak) , saya baru perasan betapa formalnya saya menulis artikel di atas. Terasa seperti wartawan yang membuat liputan khas. Pada mulanya hanya ingin menyyatakan isi hati, tetapi dah meleret sampai menulis artikel
Baiklah, saya harap anda faham kenapa saya agak teruja dan 'gila-gila' pada hari ini.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hidup anda di penuhi keberkatan