Selasa, 28 Jun 2011

Tak ada tajuk



Huhuhu, saya rasa tak ada mood untuk tulis entry sekarang.
(kalau dah tak ada mood, kenapa tulis jugak #plakk)
Saya memang macam ini, tak payah layan kerana otak saya tengah ada masalah.
Selalu keliru dan tak tahu nak tulis apa.
Saya menulis hanya untuk sedapkan hati.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Selasa, 21 Jun 2011

Happy Birthday Kim Ryeowook !




Hari ini ialah hari lahir KIM RYEOWOOK daripada Super Junior !
Oppa!!! Saranghae~
Oppa selalu buat saya gila setiap hari. Saya tak boleh tidur juka tidak lihat oppa sehari.
Saya sayang oppa!
Saya harap oppa berjaya dalam karier oppa ini.
Oppa menceriakan hari saya selalu.

Ryeowook oppa menyertakan fambar di atas ini dengan ayatnya di laman Twitter
"Hari ini ialah hari lahir saya. Saya sedang menyambutnya bersama dengan mereka. Saya yang sedang memegang kek itu. Nantikan muzikal 'Temptation of the Wolves' juga"



Credit :
  • Gambar - Tumblr dan Google
  • Tweet - @Ryeong9

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Rabu, 15 Jun 2011

Ryeowook Di sidang media untuk promosi teaternya.



KYYAAAAAA!!!! (menjerit sekejap)
Ryeowook Oppa !!!!

Hari ini saya terlebih gembira apabila melihat segala informasi,video dan gambar yang berkaitan dengan sidang media yang diadakan untuk teater muzikal yang di bintangi oleh Ryeowook daripada Super Junior.

Muzikal yang bertajuk "Temptation of the Wolves" menceritakan kisah percintaan di kalangan pelajar sekolah, dan menghadapi pelbagai halangan untuk memenangi hati seorang gadis.
Kim Ryeowook memegang watak Jung Taesung yang merupakan watak utama di dalam teater muzikal yang akan di persembahkan.

Watak Taesung merupakan seorang yang pemalu dan mempunyai wajah yang agak manis namun mempunyai sisi yang mempunyai kekuatan untuk melindungi dirinya dari segala halangan.

Kim Ryeowook juga dikatakan akan menunjukkan sisi dirinya yang lain dan amat berbeza daripada kehidupan dan diri yang sebenar.

Teater muzikal ini merupakan permulaan debutnya sebagai pelakon teater. Tidak dinafikan lagi dengan kebolehannya menyanyi dan mempunyai suara yang merdu dan bakat sebagai seorang pelakon, dia layak untuk memegang watak ini.

Ryeowook yang buat pertama kali melibatkan diri dalam dunia pementasan teater, telah menerima sokongan dan dorongan daripada ahli Super Junior dan peminatnya.
Dia menyatakan perasaan bersyukur melalui laman Twitter dan berharap agar peminatnya mahupun pecinta teater untuk menonton pementasan tersebut.
^.....^
Hahahaha (tumpang gelak) , saya baru perasan betapa formalnya saya menulis artikel di atas. Terasa seperti wartawan yang membuat liputan khas. Pada mulanya hanya ingin menyyatakan isi hati, tetapi dah meleret sampai menulis artikel
Baiklah, saya harap anda faham kenapa saya agak teruja dan 'gila-gila' pada hari ini.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Ahad, 12 Jun 2011

Berakhirnya cuti,bermulanya sekolah

Monkey pink flower14
Dapat juga menulis blog hari ini selepas asyik menangguhkan niat beberapa hari yang lalu.Bear Emo BF
Dalam masa seminggu ini, saya tak banyak keluar rumah melainkan pergi buat kad bas dan bermandi-manda di kolam air panas.:best :
Kolam air panas di mana? Kolam itu terletak di Selayang.
Saya pergi pada pukul 1 pagi sebab seronok mandi air panas pada waktu sejuk camtuh. Di sana banyak keluarga yang berseronok bermain dengan air panas (?).

Pada mulanya, niat hanya nak bermain dengan anak buah saja, tetapi saudara
saya asyik ajak rendam sekali dalam kolam tu.
Saya pun ikutlah berendam sekali :wol!:((ramai sangat orang berendam)
Saya malas nak bercerita yang selanjutnya.
Oleh itu,kami bergembira di sana.
:Wet:(
Hari ini hari terakhir untuk cuti sekolah, saya agak sedihMonkey pink flower4
Saya nak cuti lagi :nang!: !!!

Akhir sekali, saya amat rindu Monkey pink flower24pada adik saudara kesayangan saya, Nurul!

:makelaugh : P.S - Nurul, Bila ada cuti nanti, kita sambung keseronokkan kita bersama.

Jadi, siapa yang tak sabar nak ke sekolah?
Saya hanya tak sabar untuk berjumpa
dengan kawan-kawan
dan nak lihat sekolah yang telah diubah suai
pada cuti 2 minggu nih.


:sleepy2 : Di tulis oleh yayah pada waktu tengah bosan
dan kehilangan idea,hehe:please:

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Khamis, 2 Jun 2011

Selamat hari Ulang tahun ELF !


YEAH !:9: Hari ini ialah hari sambutan ulangtahun ke-5 ELF!
apa itu ELF? hahaha,
saya takkan terangkan di sini dan rujuklah Encik Google untuk mengetahuinya.
Baiklah, siapa yang teruja:16: hari ini sila angkat tangan !
(memang dah tak betul, mana boleh angkat tangan dalam blog:face23:)

Saya betul-betul teruja hari ini. Sehari suntuk saya hanya mendengar lagu Super Junior
(seperti melakukan ulang kaji untuk mengingati lagu mereka)

Hari ini saya pergi jalan-jalan ke Pasar Seni dengan niat untuk membantu
adik saudara saya membuat kad bas, tapi terasa perjalanan itu
sia-sia kerana kad pelajar telah kehabisan stok.
Oleh itu, saya menghilangkan rasa tidak puas hati dengan makan Takoyaki !

(Saya dah mula sukakan TAKOYAKI terutamanya perisa AYAM !)

(Baiklah, hari ini saya juga minum 'ICE BLENDED BUBBLE TEA')

Hahaha, tapi saya tak beberapa gemarkan 'bubble tea' nya,
saya minum airnya sahaja , perisa Vanila.
(Asyik cerita makanan sahaja, anda pun dah tau semua nih, hahaha)

Oleh itu saya Gembira hari ini walaupun ada perasaan sakit hati sedikit.


P.S -- Suami saya Ryeowook yang membuatkan saya GILA :face2:


(Jangan serang saya RYEOSOMNIA,kita sama-sama kongsi suami,hahahaha)
:bajukorea :

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST