Jumaat, 20 Mei 2011

Ujibakat selesai~

Hari nih, saya ada ujibakat untuk persembahan hari guru pada jumaat 27 Mei nanti.
Boleh dikatakan agak kelam kabut persembahan kami (hahaha), tetapi yang lain cakap tarian kami
tiada masalah kecuali kami kena serentak kerana itu memang masalah
yang tak dapat ditangani sejak kami mula-mula berlatih lagi.
Saya hanya mampu bersyukur kerana sudah lepas daripada ujibakat (sebelum ujibakat saya betul-betul
gementar dan rasa seperti nak demam tapi selepas saja ujibakat, saya betul-betul sesak nafas,hahaha)
Jadi, kami hanya menunggu keputusan untuk mengetahui siapa yang berjaya melayakkan diri (dah macam program realiti,hahaha).
Sekali lagi saya mengharapkan agar cikgu membuat transformasi pada tahun ini (tahun terakhir saya
di sekolah menengah, jadi saya mengharapkan sedikit kelainan daripada tahun-tahun yang lepas)
Dan akhir sekali, rakan-rakan seperjuangan saya (baca= Thirah,Elin,Siti,Syazie,Fara) mengadakan mogok
pada saya tanpa saya mengetahui sebabnya. Mereka berdiam diri dan tidak memperdulikan saya.
Saya ingatkan mereka mogok disebabkan saya tidak hadir semalam, rupa-rupanya mereka ada kejutan.
Mereka ingin memberi hadiah untuk hari lahir saya yang dah lepas (3 April, agak lama juga).
Saya betul-betul terharu dan tak sangka yang mereka akan buat begitu. Ini kali pertama saya mengalaminya.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.  
Saya sayang kamu semua !

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hidup anda di penuhi keberkatan