Ahad, 29 Mei 2011

Tanggapan artis Malaysia terhadap Artis KPOP

Baiklah, 'entry' kali nih agak sensitif sikit, saya nak minta maaf terlebih dahulu
jika tersinggung mana-mana perasaan pelbagai pihak.

HARAP MAKLUM, HANYA SEGELINTIR ARTIS MALAYSIA, BUKANNYA SEMUA


Kejadian ini berlaku akibat hal semalam. Kalau anda peminat Kpop ataupun seorang ELF,
anda pasti tahu tentang kes nih.
Saya nak cerita sikit (atau banyak, hahaha) pasal tanggapan artis Malaysia
terhadap artis KPOP.

Mereka mesti ingat, yang gelombang KPOP semakin luas dan kuat.
Jika mereka asyik kutuk artis KPOP, mereka tak dapat apa-apa
kecuali kutukan peminat KPOP dan hanya nak sedapkan hati sendiri.
Kalau nak cakap pasal negara kita masih di jajah, periksa diri sendiri dahulu
sama ada diri tuh betul-betul tak kena jajah.
Nih pakai baju pun macam orang kena jajah, ada hati nak cakap peminat KPOP macam tuh.

Kalau hati tuh dah cemburu, tak payahlah nak kutuk-kutuk lagi.
Sepatutnya mereka ambil artis KPOP sebagai teladan untuk menjadi seorang artis yang berjaya. Dan bukannya tiru bulat-bulat, itu namanya tiada identiti diri.
Ingat nak jadi artis Kpop nih senang ker? mereka jadi artis bukan dengan menang undian SMS. Mereka di latih bertahun-tahun untuk melengkapkan diri di industri muzik.
Jadi, mereka berusaha untuk berjaya. Hasilnya, mereka perolehi kasih sayang dan sokongan daripada peminat.

Dan tentang layanan yang di berikan terhadap artis Malaysia, janganlah salahkan artis KPOP kerana
mereka tak tahu dengan apa yang terjadi.
Mereka datang sini pun di atas jemputan, dan memang adat kita untuk
melayan tetamu dengan baik.

Jadi, tak payah nak cemburu dengan mereka. Lakukan sahaja kerja anda dan itu sudah di kira memadai.
Tunjukkan lah contoh yang baik kepada mereka dan buktikan yang artis Malaysia
berkualiti, bukannya kuantiti.

Mereka popular pun sebab mereka artis ANTARABANGSA , di kenali dan di minati
oleh orang ramai. Kalau nak cemburu pasal itu, usahakanlah
diri itu untuk jadi artis antarabangsa jugak.

Dan akhir sekali, Seminat-minat kami terhadap artis KPOP, kami tetap sayangkan
MALAYSIA ! dah namanya minat, tak ada apa
yang perlu di pertikaikan lagi. Mereka pun mencari rezeki juga, bukannya populariti.

Kesimpulannya, setiap orang ada salahnya.
Salah penganjur yang layan artis Malaysia sebegitu. Salah artis Malaysia yang tak bersyukur
dengan apa yang sudah di beri. Salah artis KPOP yang terus membuat peminat sampai fanatik gila.
Salah peminat kerana minat mereka gila - gila (hahahaha).


Minta maaf jika saya terkasar bahasa, Terima kasih kerana sudi membaca. Ini hanyalah luahan hati
sahaja. Saya pun hanya manusia biasa.

P.S - Jangan main-main dengan peminat KPOP kalau nak hidup anda aman.
Sekali anda kacau kami, sejuta kali kami balas.
Kami bukanlah suka sangat nak gaduh-gaduh nih.
Tetapi memandangkan anda cuba cari pasal, terimalah padahnya.
Kalau tak tahu pasal apa-apa tentang KPOP, tutup je lah mulut tuh.
Buat malu saja nanti minta publisiti murahan.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hidup anda di penuhi keberkatan