Isnin, 30 Mei 2011

Peminat KPOP, marilah bermaaf-maafan ~

Baiklah, saya nak mengulas tentang kejadian semalam.
Perkara yang berlaku antara ELF,peminat KPOP dan artis Malaysia tersebut
sudah sampai ke pengetahuan peminat antarabangsa.
Oleh itu, lebih teruk mereka kena hentam.

Hal ini berlaku kerana ada pihak yang tak bertanggungjawab
menyebarkan perkara ini kepada peminat antarabangsa.
Jadi, peringatan kepada kawan-kawan semua, jangan babitkan peminat antarabangsa
kerana hal ini akan bertambah teruk dan memalukan negara.
Kita selesaikanlah sahaja hal ini dalam negara dan tak perlulah babitkan mereka.

Saya juga agak panas pasal hal ini, justeru saya menulis sedikit
tentang tanggapan mereka terhadap kita dan idola kita.
Tetapi hal itu berlaku semalam dan hari ini hati saya telah menjadi
sejuk sedikit dan cuba untuk melupakannya.

Hasilnya, ada di kalangan artis tersebut telah memprivasikan laman
sosial mereka dan ada juga yang menukar nama.
Tetapi hanya satu artis sahaja yang tetap seperti sedia kala.

Artis yang tetap seperti sedia kala tersebut telah meminta maaf di atas kekasarannya
sebelum ini. Oleh itu, sudah jadi tanggungjawab kita semua untuk memaafkannya
kerana kita sama-sama tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Kita buktikanlah yang ELF dan peminat KPOP bukanlah seteruk
yang di sangka. Ingatlah batas kita sebagai manusia.
Oleh itu, saya menyeru kepada kawan-kawan sekalian, marilah kita hentikan
perkara ini daripada tersebar dan segeralah tutup kes ini.

Kita adalah orang yang terpelajar, jadi fikirlah yang mana benar dan yang mana salah.
Selain itu, saya juga berharap perkara seperti ini tak akan berulang lagi.
Jika ia berulang, situasi akan menjadi lebih teruk dan berbahaya.

Biarlah perkara semalam berlalu pergi, kita mulakanlah lembaran yang baru.
Jalanilah kehidupan anda sepertia biasa dan jadikannya sebagai teladan.
Usahlah peduli pada yang masih tidak puas hati, asalkan kita telah
lakukan tanggungjawab yang sepatutnya.

Saya sekarang tidak berpihak di mana-mana. Saya hanya ingin menjadi
diri saya sahaja. Ingatlah, masing-masing ada kesalahan sendiri di sini.

Saya ingin memohon maaf kepada yang tersinggung kerana
saya turut meluahkan perasaan ketidakpuasan hati saya semalam.
Tetapi perkara itu hanya berlaku semalam dan saya tak mahu babitkan
diri lagi dalam kes ini.p
'Peace , No war !'

LOVE SUPER JUNIOR FOREVER ! :Fan giler:(

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

1 ulasan:

  1. Good Good! nilah dikatakan Profesional.. huhu,sedih sgt2 bila dpt tahu international elf tau ttg nih T^T harap semua orang dah stop bashing! ;)

    BalasPadam

Hidup anda di penuhi keberkatan