Selasa, 24 Mei 2011

Dugaan bhg 2

Dugaan:120: tak adalah dugaan sangat macam tajuk kat atas tuh. Saja letak tajuk tuh
sebab berlaku pada waktu,tempat dan hari yang sama.
Padahal nak cerita hal lain.
Ok, saya sambung balik cerita.


Semasa menari tadi, hujan pulak turun. Memang sejuk:Sejukbeku:(Jadi kami terpaksa tunggu hujan berhenti
untuk balik kalau tidak basahlah:Wet:( nanti. Alang-alang tunggu, kami sambung menari balik.
Lepas hujan dah berhenti, kami pun berkemas untuk balik. Akibat sejuk dan banyak minum air tadi, saya pun rasa nak buang air kecil. Tiba-tiba Athirah ajak saya pergi solat sekali.
Saya cakap saya nak ke tandas dahulu sebab dah tak tahan tapi dia tetap tarik saya
ke surau kerana takut saya akan lari a.k.a balik terus.
Saya pun apa lagi, pantang kalau orang dah ajak solat nih mestilah ikut sekali
(bajet,katakan:Hidung Tinggi:().

Selesai saja ambil wuduk, saya tengok mereka dah bersiap untuk solat justeru saya pun
bersiap sekali.

Mereka berdiri di depan saya tapi jarak antara mereka berdua agak jauh.
Dengan bersahaja saya bertanya "nak penuhkan saf tak?" adess, dah terang-terangan
memang kena penuhkan saf supaya :face11:Syaitan tak ganggu.
Oleh kerana soalan yang saya ajukan
agak mencuit hati, kawan saya si Zahirah pun ketawa ketika solat:bahak2:(dia mula solat dulu).

Saya pun dengan muka tak bersalah tariklah sejadah ke depan dan berdiri di antara mereka
(Athirah di kiri, Zahirah di kanan. Saya? mestilah di tengah)
Zahirah pun mulakan balik solat dia yang tergendala tadi.

Kemudian, saya tanya pada Athirah pula "Kita nak solat apa sekarang? zohor atau asar?"
sekali lagi, Zahirah ketawa:hahaha:( dalam solat akibat soalan tersebut (saya tak pakai jam
tangan, sebab tu tak tahu masa)
Athirah pun jawab solat asar tapi Zahirah cakap sekarang masih
waktu zohor dan belum masuk asar lagi.

Jadi, saya pun bersiap sedia untuk membaca niat. Tiba-tiba Athirah mula ketawa :Sukoselok:(pulak.
Zahirah yang tak tahan dengan perangai kami masa tuh mengambil keputusan untuk
solat jauh daripada kami. Athirah pun ikut jejak Zahirah dengan solat di belakang saya.

Saya pun katalah jangan solat jauh-jauh sangat, kan kita patut
rapatkan saf. Lagipun saya tak nak jadi imam sebab mereka berada jauh daripada
saya seolah-olah saya imam.
Alkisahnya, Zahirah dan Athirah ketawa lagi dalam solat.
Saya pun ikut ketawa sekali, dan kami ketawa tanpa sebab,hahaha:bahak2:
(Adegan ketawa di ulang beberapa kali dan membantutkan niat kami untuk solat)
Akhirnya, kami solat juga sebelum masuk waktu Asar.

Pengajarannya, rapatlah saf ketika solat supaya syaitan tak ganggu anda
seperti dia ganggu kami, hahaha.

P.S - kan saya dah cakap tadi, tajuk di atas amat kurang kaitan dengan cerita saya
:z:

Kepada Siti Zahirah dan Siti Athirah, maaflah jika kenaifan saya
tadi amat mengganggu konsentrasi anda ketika solat.


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hidup anda di penuhi keberkatan