Isnin, 30 Mei 2011

Peminat KPOP, marilah bermaaf-maafan ~

Baiklah, saya nak mengulas tentang kejadian semalam.
Perkara yang berlaku antara ELF,peminat KPOP dan artis Malaysia tersebut
sudah sampai ke pengetahuan peminat antarabangsa.
Oleh itu, lebih teruk mereka kena hentam.

Hal ini berlaku kerana ada pihak yang tak bertanggungjawab
menyebarkan perkara ini kepada peminat antarabangsa.
Jadi, peringatan kepada kawan-kawan semua, jangan babitkan peminat antarabangsa
kerana hal ini akan bertambah teruk dan memalukan negara.
Kita selesaikanlah sahaja hal ini dalam negara dan tak perlulah babitkan mereka.

Saya juga agak panas pasal hal ini, justeru saya menulis sedikit
tentang tanggapan mereka terhadap kita dan idola kita.
Tetapi hal itu berlaku semalam dan hari ini hati saya telah menjadi
sejuk sedikit dan cuba untuk melupakannya.

Hasilnya, ada di kalangan artis tersebut telah memprivasikan laman
sosial mereka dan ada juga yang menukar nama.
Tetapi hanya satu artis sahaja yang tetap seperti sedia kala.

Artis yang tetap seperti sedia kala tersebut telah meminta maaf di atas kekasarannya
sebelum ini. Oleh itu, sudah jadi tanggungjawab kita semua untuk memaafkannya
kerana kita sama-sama tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Kita buktikanlah yang ELF dan peminat KPOP bukanlah seteruk
yang di sangka. Ingatlah batas kita sebagai manusia.
Oleh itu, saya menyeru kepada kawan-kawan sekalian, marilah kita hentikan
perkara ini daripada tersebar dan segeralah tutup kes ini.

Kita adalah orang yang terpelajar, jadi fikirlah yang mana benar dan yang mana salah.
Selain itu, saya juga berharap perkara seperti ini tak akan berulang lagi.
Jika ia berulang, situasi akan menjadi lebih teruk dan berbahaya.

Biarlah perkara semalam berlalu pergi, kita mulakanlah lembaran yang baru.
Jalanilah kehidupan anda sepertia biasa dan jadikannya sebagai teladan.
Usahlah peduli pada yang masih tidak puas hati, asalkan kita telah
lakukan tanggungjawab yang sepatutnya.

Saya sekarang tidak berpihak di mana-mana. Saya hanya ingin menjadi
diri saya sahaja. Ingatlah, masing-masing ada kesalahan sendiri di sini.

Saya ingin memohon maaf kepada yang tersinggung kerana
saya turut meluahkan perasaan ketidakpuasan hati saya semalam.
Tetapi perkara itu hanya berlaku semalam dan saya tak mahu babitkan
diri lagi dalam kes ini.p
'Peace , No war !'

LOVE SUPER JUNIOR FOREVER ! :Fan giler:(

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Ahad, 29 Mei 2011

Tanggapan artis Malaysia terhadap Artis KPOP bhagian 2

 HARAP MAKLUM, HANYA SEGELINTIR ARTIS MALAYSIA, BUKANNYA SEMUA


Saya ingin beritahu, apa yang mereka rasa (**** dan ****) taklah seteruk yang di rasa Super Junior
bila mereka di negara sendiri. Kalau anda nak tahu, peminat Anti di sana lebih DAHSYAT (pedulikan ejaan) daripada yang ada di Malaysia. Anda nak merasai seperti itu juga? kalau tak nak tak payah buat
kenyataan sebegitu.

SUPER JUNIOR pun pernah di anak tirikan sendiri oleh Syarikat Rakaman mereka.
Layanan yang mereka terima lebih teruk daripada yang anda terima.
Anda bernasib baik kerana masih di jemput untuk membuat persembahan di sana daripada
tiada langsung.
Mereka tetap tabah dan tak banyak mengadu pasal hal tersebut.
Dah lumrah hidup seorang artis, memang banyak dugaan.

Tapi kalau setakat dugaan kecil macam tuh pun tak boleh terima,
baik tak payah jadi artis lah.

Cubalah jadi artis yang professional sikit macam Datuk Siti ker,
barulah kami minat.
Walaupun anda telah lama jadi artis, tapi kelakuan macam baru semalam anda 
debut, kasihan.

Kami tak dapat nak sokong anda lagi sejak anda sudah kutuk
idola kami.
Cubalah anda memahami kami, anda juga akan
jadi seperti kami jika idola anda dikutuk.

Oleh itu, fikir dahulu sebelum bertindak!!!


Dan satu lagi, Kalau dah minta maaf tuh, minta maaf lah dengan ikhlas
bukannya terpaksa. Dah minta maaf lepas tuh nak kutuk
balik sebab peminat KPOP masih 'bashing' anda.
Jadikanlah perkara ini sebagai teladan. Jangan cuba-cuba berani nak ulanginya
lagi. Kami tak akan pernah toleransi.

Kalau dah marah sangat, janganlah tulis di laman sosial anda kerana peminat
KPOP berada di mana-mana sahaja. Sekali anda tulis, semua turut ikut serta
menyerang anda. Bila dah kena serang, mulalah nak maki-maki kami.

Kami faham anda seorang manusia seperti kami, selalu melakukan kesilapan.
Tapi kan lebih baik kalau kita sama-sama mengelakkanya daripada berlaku.
Kalau kita tak jolok sarang lebah, takkannya lebah tuh nak kejar dan sengat kita.

Hal ini tak enak di pandang orang. Ingatlah wahai Kakak-kakak, abang-abang dan pakcik-pakcik
yang telah mengutuk tuh, Sama-sama cari rezeki
di industri muzik, beginilah layanan yang anda akan terima
jika tersilap langkah.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tanggapan artis Malaysia terhadap Artis KPOP

Baiklah, 'entry' kali nih agak sensitif sikit, saya nak minta maaf terlebih dahulu
jika tersinggung mana-mana perasaan pelbagai pihak.

HARAP MAKLUM, HANYA SEGELINTIR ARTIS MALAYSIA, BUKANNYA SEMUA


Kejadian ini berlaku akibat hal semalam. Kalau anda peminat Kpop ataupun seorang ELF,
anda pasti tahu tentang kes nih.
Saya nak cerita sikit (atau banyak, hahaha) pasal tanggapan artis Malaysia
terhadap artis KPOP.

Mereka mesti ingat, yang gelombang KPOP semakin luas dan kuat.
Jika mereka asyik kutuk artis KPOP, mereka tak dapat apa-apa
kecuali kutukan peminat KPOP dan hanya nak sedapkan hati sendiri.
Kalau nak cakap pasal negara kita masih di jajah, periksa diri sendiri dahulu
sama ada diri tuh betul-betul tak kena jajah.
Nih pakai baju pun macam orang kena jajah, ada hati nak cakap peminat KPOP macam tuh.

Kalau hati tuh dah cemburu, tak payahlah nak kutuk-kutuk lagi.
Sepatutnya mereka ambil artis KPOP sebagai teladan untuk menjadi seorang artis yang berjaya. Dan bukannya tiru bulat-bulat, itu namanya tiada identiti diri.
Ingat nak jadi artis Kpop nih senang ker? mereka jadi artis bukan dengan menang undian SMS. Mereka di latih bertahun-tahun untuk melengkapkan diri di industri muzik.
Jadi, mereka berusaha untuk berjaya. Hasilnya, mereka perolehi kasih sayang dan sokongan daripada peminat.

Dan tentang layanan yang di berikan terhadap artis Malaysia, janganlah salahkan artis KPOP kerana
mereka tak tahu dengan apa yang terjadi.
Mereka datang sini pun di atas jemputan, dan memang adat kita untuk
melayan tetamu dengan baik.

Jadi, tak payah nak cemburu dengan mereka. Lakukan sahaja kerja anda dan itu sudah di kira memadai.
Tunjukkan lah contoh yang baik kepada mereka dan buktikan yang artis Malaysia
berkualiti, bukannya kuantiti.

Mereka popular pun sebab mereka artis ANTARABANGSA , di kenali dan di minati
oleh orang ramai. Kalau nak cemburu pasal itu, usahakanlah
diri itu untuk jadi artis antarabangsa jugak.

Dan akhir sekali, Seminat-minat kami terhadap artis KPOP, kami tetap sayangkan
MALAYSIA ! dah namanya minat, tak ada apa
yang perlu di pertikaikan lagi. Mereka pun mencari rezeki juga, bukannya populariti.

Kesimpulannya, setiap orang ada salahnya.
Salah penganjur yang layan artis Malaysia sebegitu. Salah artis Malaysia yang tak bersyukur
dengan apa yang sudah di beri. Salah artis KPOP yang terus membuat peminat sampai fanatik gila.
Salah peminat kerana minat mereka gila - gila (hahahaha).


Minta maaf jika saya terkasar bahasa, Terima kasih kerana sudi membaca. Ini hanyalah luahan hati
sahaja. Saya pun hanya manusia biasa.

P.S - Jangan main-main dengan peminat KPOP kalau nak hidup anda aman.
Sekali anda kacau kami, sejuta kali kami balas.
Kami bukanlah suka sangat nak gaduh-gaduh nih.
Tetapi memandangkan anda cuba cari pasal, terimalah padahnya.
Kalau tak tahu pasal apa-apa tentang KPOP, tutup je lah mulut tuh.
Buat malu saja nanti minta publisiti murahan.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Super Junior M di Malaysia


Huwaaaaa!!!! Seronok betul bila saya lihat video-video yang di rakam pada konsert Super Junior M
semalam. Sayangnya saya tak dapat pergi semalam, huhuhuhu.
Memang bagus apabila Super Junior M cuba cakap bahasa Melayu, hahaha 
(saya cinta kamu, sayang, apa khabar dan tak payah tanya)
Daripada pemerhatian saya, mereka telah berjaya membuat persembahan dengan bagus sekali !
Lepas nih, selalulah datang ke Malaysia, kami amat mengalu-alukan.

(Dream Concert di Korea)

Baiklah, ada satu hal lagi yang membuatkan saya bangga menjadi peminat Super Junior a.k.a ELF iaitu
semangat yang di berikan untuk menyokong Super Junior.
Hal ini berkaitan dengan saudara jauh kami iaitu ELF Korea yang hadir dalam Dream Concert
yang di adakan semalam. Meskipun Super Junior tidak mengadakan persembahan
pada malam itu seperti tahun-tahun yang lepas, namunmereka tetap hadir
untuk menyaksikannya, tambahan pula Heechul oppa yang menjadi pengacara.
Konsert Super Junior M pada Hari Belia dan Dream Concert Korea di adakan pada malam dan hari
yang sama.
Kita patut berterima kasih kepada Super Junior M yang sanggup datang mengadakan
persembahan di sini.


LOVE SUPER JUNIOR FOREVER !

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Sabtu, 28 Mei 2011

Nak pergi Putrajaya !

Yo ! yo! :perhatian:((cara baru pulak), hari ini saya nak bersedih sekejap di sebabkan
tak tahu lagi dapat pergi Putrajaya atau tidak.
Saya nak sangat tengok:puppyeyes: Konsert Super Junior M hari nih. Peluang begitu memang
susah nak dapat sebab konsert tersebut percuma.

Oleh itu, saya minta bantuan abang saya untuk ke sana. Itu pun belum di pastikan lagi
dapat atau tidak, tapi saya berasa lega sedikit sebab dah mencuba sedaya upaya yang boleh
dan hanya masa saja yang menentukan sekarang.

Super Junior M ! Semoga bergembira di Malaysia ! :Fan giler:(




Video Translate: "Thank you. We are Super Junior-M! Something big is going to happen! Yes!! Super Junior-M is finally visiting Malaysia. WOW! we, Super Junior-M, are going to have fan meet to sing and have fun with you all at Malaysia. I myself, Eun Hyuk, have prepared BIG surprises for you. So come and cheer for us! Do you know when we are coming? May 28th! We members of Super Junior-M will visit Malaysia on this day, so everyone please do join us and let's have some fun! Ahn nyeong hi gae sae yo (bye bye)"


Take out with credit : heartsofmieramia


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Selasa, 24 Mei 2011

Dugaan bhg 2

Dugaan:120: tak adalah dugaan sangat macam tajuk kat atas tuh. Saja letak tajuk tuh
sebab berlaku pada waktu,tempat dan hari yang sama.
Padahal nak cerita hal lain.
Ok, saya sambung balik cerita.


Semasa menari tadi, hujan pulak turun. Memang sejuk:Sejukbeku:(Jadi kami terpaksa tunggu hujan berhenti
untuk balik kalau tidak basahlah:Wet:( nanti. Alang-alang tunggu, kami sambung menari balik.
Lepas hujan dah berhenti, kami pun berkemas untuk balik. Akibat sejuk dan banyak minum air tadi, saya pun rasa nak buang air kecil. Tiba-tiba Athirah ajak saya pergi solat sekali.
Saya cakap saya nak ke tandas dahulu sebab dah tak tahan tapi dia tetap tarik saya
ke surau kerana takut saya akan lari a.k.a balik terus.
Saya pun apa lagi, pantang kalau orang dah ajak solat nih mestilah ikut sekali
(bajet,katakan:Hidung Tinggi:().

Selesai saja ambil wuduk, saya tengok mereka dah bersiap untuk solat justeru saya pun
bersiap sekali.

Mereka berdiri di depan saya tapi jarak antara mereka berdua agak jauh.
Dengan bersahaja saya bertanya "nak penuhkan saf tak?" adess, dah terang-terangan
memang kena penuhkan saf supaya :face11:Syaitan tak ganggu.
Oleh kerana soalan yang saya ajukan
agak mencuit hati, kawan saya si Zahirah pun ketawa ketika solat:bahak2:(dia mula solat dulu).

Saya pun dengan muka tak bersalah tariklah sejadah ke depan dan berdiri di antara mereka
(Athirah di kiri, Zahirah di kanan. Saya? mestilah di tengah)
Zahirah pun mulakan balik solat dia yang tergendala tadi.

Kemudian, saya tanya pada Athirah pula "Kita nak solat apa sekarang? zohor atau asar?"
sekali lagi, Zahirah ketawa:hahaha:( dalam solat akibat soalan tersebut (saya tak pakai jam
tangan, sebab tu tak tahu masa)
Athirah pun jawab solat asar tapi Zahirah cakap sekarang masih
waktu zohor dan belum masuk asar lagi.

Jadi, saya pun bersiap sedia untuk membaca niat. Tiba-tiba Athirah mula ketawa :Sukoselok:(pulak.
Zahirah yang tak tahan dengan perangai kami masa tuh mengambil keputusan untuk
solat jauh daripada kami. Athirah pun ikut jejak Zahirah dengan solat di belakang saya.

Saya pun katalah jangan solat jauh-jauh sangat, kan kita patut
rapatkan saf. Lagipun saya tak nak jadi imam sebab mereka berada jauh daripada
saya seolah-olah saya imam.
Alkisahnya, Zahirah dan Athirah ketawa lagi dalam solat.
Saya pun ikut ketawa sekali, dan kami ketawa tanpa sebab,hahaha:bahak2:
(Adegan ketawa di ulang beberapa kali dan membantutkan niat kami untuk solat)
Akhirnya, kami solat juga sebelum masuk waktu Asar.

Pengajarannya, rapatlah saf ketika solat supaya syaitan tak ganggu anda
seperti dia ganggu kami, hahaha.

P.S - kan saya dah cakap tadi, tajuk di atas amat kurang kaitan dengan cerita saya
:z:

Kepada Siti Zahirah dan Siti Athirah, maaflah jika kenaifan saya
tadi amat mengganggu konsentrasi anda ketika solat.


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Dugaan bhg 1

Huhuhuhu:face59:, hari nih agak menyedihkan buat kumpulan kami.
Kami tidak terpilih untuk mengadakan persembahan pada hari guru:face47:.
Hanya sebahagian kecil sahaja yang dipilih tetapi yang anehnya:face61: ,
persembahan kali ini betul-betul sikit. Selain itu, kumpulan lain yang sudah buat yang terbaik
juga tidak dipilih.
Oleh itu, masa nak jawab kertas Tasawwur tadi memang satu tekanan :....:(
kerana asyik memikirkan hal tersebut.
Bukan saya seorang saja, kawan saya Athirah juga mengalami lebih tekanan:Mati,ko!:(
kerana kami tidak berjaya kerana dia telah berusaha melatih kami tarian tersebut.

Selepas sekolah, kami mengambil keputusan :syakwasangka:(untuk berjumpa dengan guru yang membuat keptusan dalam pemilihan ini. Tunggu dalam 30 minit lebih, cikgu pun muncul.
Kami pn meluahkan perasaan:face7: yang terbuku di hati.
Kemudian, cikgu jelaskan yang bukan hanya kami saja yang tidak puas hati, kumpulan lain pun sama juga.

Cikgu pun terangkanlah sebab kami tidak dipilih. Rupa-rupanya:face69: masa dipendekkan kerana
tahun ini cikgu yang banyak buat persembahan berbanding dengan murid.
Kami pun merayu:help me:( lagi untuk melakukan persembahan. Cikgu cakap masih ada
peluang lagi untuk sambutan yang lain. Akhirnya kami terpaksa akur :adoi:( dan
akan cuba lagi lain kali.

Lepas tuh kami ke kantin untuk makan. Lepas makan:Full:( kami masuk dewan dan
mulakan rancangan:astig: kami untuk menggila dengan tarian.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Ahad, 22 Mei 2011

Memantapkan blog~

:face64:Hahahaha, hari ini saya berasa sangat seronok:face35:
kerana dapat menghias blog saya menjadi lebih comel.:face8:
Saya betul-betul gembira:67: dapat belajar buat semua tuh.
Saya akan cuba memantapkan :face44:lagi blog ini !
Jadi, selalulah berkunjung ke sini ya!:face39:

Selamat tinggal !:face75:
:z:

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Sabtu, 21 Mei 2011

3 Kertas lagi...


Baiklah, memandang saya hanya tinggal kertas Tasawwur Islam,PJK dan Sivik saja yang belum di jawab lagi,
saya akan menggila sekejap. Hal ini kerana saya sudah selesai menjawab segala peperiksaan yang memerlukan saya berfikir hingga nak pecah otak, hahahaha. Maka, kesannya saya agak menggila sedikit. Tapi mungkin
saya akan menjadi hantu terus apabila mendapat keputusan nanti, huhuhu (dah mula mengarut).
Baiklah, sebelum saya mula mengarut lagi lebih baik saya berhenti menaip sekarang.
Saya juga nak beritahu yang saya akan cuba siapkan 'Fanfiction' saya dalam masa terdekat.
Saya berambus dahulu, Selamat Tinggal !





THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Jumaat, 20 Mei 2011

Ujibakat selesai~

Hari nih, saya ada ujibakat untuk persembahan hari guru pada jumaat 27 Mei nanti.
Boleh dikatakan agak kelam kabut persembahan kami (hahaha), tetapi yang lain cakap tarian kami
tiada masalah kecuali kami kena serentak kerana itu memang masalah
yang tak dapat ditangani sejak kami mula-mula berlatih lagi.
Saya hanya mampu bersyukur kerana sudah lepas daripada ujibakat (sebelum ujibakat saya betul-betul
gementar dan rasa seperti nak demam tapi selepas saja ujibakat, saya betul-betul sesak nafas,hahaha)
Jadi, kami hanya menunggu keputusan untuk mengetahui siapa yang berjaya melayakkan diri (dah macam program realiti,hahaha).
Sekali lagi saya mengharapkan agar cikgu membuat transformasi pada tahun ini (tahun terakhir saya
di sekolah menengah, jadi saya mengharapkan sedikit kelainan daripada tahun-tahun yang lepas)
Dan akhir sekali, rakan-rakan seperjuangan saya (baca= Thirah,Elin,Siti,Syazie,Fara) mengadakan mogok
pada saya tanpa saya mengetahui sebabnya. Mereka berdiam diri dan tidak memperdulikan saya.
Saya ingatkan mereka mogok disebabkan saya tidak hadir semalam, rupa-rupanya mereka ada kejutan.
Mereka ingin memberi hadiah untuk hari lahir saya yang dah lepas (3 April, agak lama juga).
Saya betul-betul terharu dan tak sangka yang mereka akan buat begitu. Ini kali pertama saya mengalaminya.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.  
Saya sayang kamu semua !

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Ahad, 15 Mei 2011

Update Blog !

Hurm...sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa.
Saya baru saja selesai mengemaskini kesemua blog yang saya ada. Memang memenatkan tapi saya rasa seronok.
Saya juga tolong kemaskinikan blog Syazie menjadi lebih kemas dan padat (saya sanggup buat sebab dah jadi hobi ). Sekarang masa untuk saya berehat
kerana esok saya ada temujanji bersama-sama rakan saya
yang lain.

 Sekian,

Salam sayang dari Yayah.




THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Ahad, 8 Mei 2011

Catatan atau Coretan?

Hahahah, huhuhuhu~ saya tak tahu (dah banyak kali tulis macam nih). Semalam baru jawab soalan sejarah, jadi otak saya mengalami gegaran sedikit (Gila), hahaha . Saya tengok muka semua orang bila menjawab soalan sejarah tuh, betul-betul tertekan. Mereka tertekan sebab soalan yang keluar tuh bukan seperti yang mereka baca (Saya tergolong sekali). Dah habis, saya pun lepak sekejap dekat sekolah dengan Elin dan Thirah. Kami bercerita macam-macam terutamanya tentang MaharajaLawak. Dah sejam, baru kami pulang ke rumah (bosan kan?) hahaha, saya sebenarnya tengah mengantuk semasa menulis blog nih, sebab tuh main tulis saja apa yang terlintas di fikiran. Oh iya! SELAMAT HARI IBU!!! doakan peperiksaan saya sepanjang bulan ini! I Love U MOM!

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST