Rabu, 20 April 2011

Personalitiku

Ok, kali nih saya nak cerita perbezaan personaliti saya di rumah dan di luar berbanding dengan personaliti saya di sekolah.

Saya mulakan dengan personaliti saya di rumah dan di luar. Saya sebenarnya seorang yang agak bising apabila melibatkan sesuatu yang teruja terutamanya berkaitan minat saya (baca=Super Junior) . Saya agak manja sedikit dengan keluarga saya kerana saya merupakan anak bongsu. Segala yang terjadi di kehidupan seharian akan saya kongsikan bersama keluarga saya. Saya tak mahu ibu bapa saya melihat saya menangis akibat kesusahan kehidupan kami yang dialami pada tahun ini kerana tak mahu mereka patah hati melihat saya menderita. Saya tetap senyum di hadapan ibu bapa saya walaupun ketika mereka menceritakan masalah kewangan yang perlu di tanggung. Saya bersikap ceria setiap hari untuk menghiburkan hati mereka. Tetapi, ahli keluarga saya yang lain pernah melihat saya menangis kerana masalah yang di hadapi kami dan saya cuba untuk tabahkan diri. Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu peka terhadap perubahan fesyen pada zaman ini. Bagi saya, benda ini tidak beberapa penting kerana saya mendahulukan pelajaran seperti nasihat ibu saya. Saya akan mengubah segala-galanya dan akan mula berdikari apabila tamat saja peperiksaan SPM nanti. Bagi rakan-rakan yang mengenali diri saya, mereka tahu yang saya juga seorang yang riuh dan banyak bercakap.

Namun, semua ini berbeza apabila saya di sekolah. Saya lebih memilih untuk berdiam atau dengan kata lain pasif. Saya mematuhi peraturan sekolah kecuali berkaitan kerja sekolah (saya memang tak suka kerja sekolah) . ramai orang menganggap saya seorang yang sombong tapi sebaliknya saya tidak tahu cara untuk bergaul dengan mereka. Saya juga amat misteri di sekolah kerana nama sering di sebut oleh rakan-rakan tetapi mereka tidak menampakkan kelibat saya (sering tak hadir). Kadang-kadang saya pun terasa misteri juga. Di sekolah, saya lebih menjadi seorang pendengar daripada seorang yang meluahkan perasaan sendiri. Riak muka saya terlihat seprti tidak mempunyai sebarang masalah dan air muka kelihatan seperti seseorang yang sakit (saya ada beberapa masalah kesihatan) walaupun saya menafikannya. Saya juga menjadi seorang pemerhati dan peka terhadap sekeliling dan berhati-hati dengan setiap langkah yang saya ambil. Saya lebih cenderung untuk bersikap serius apabila keadaan tidak memihak kepada saya. Saya seorang yang sensitif dalam diam, dan juga seorang yang berfikiran positif. Saya sentiasa mencari jalan untuk berasa selesa di sekolah ketika bersama rakan atau ketika belajar. Saya tidak pernah melepaskan perasaan marah saya di sini dan sentiasa mengawal diri.
Kesimpulannya, saya memamg mempunyai dua personaliti yang telah di bentuk sejak kecil lagi untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Saya mengibaratkan diri saya seperti air, air mengikut bentuk bekas yang di isi dan air juga dapat meredakan segala kesuiltan yang di alami. Tetapi apabila air itu deras, tiada siapa yang mampu menandinginya.

Setakat ini yang saya perhatikan perubahan diri saya berlaku pada zaman remaja kini. Saya masih terus mencari diri saya untuk mengenalinya dengan lebih rapat supaya dapat menghindari segala perasaan yang selalu di pengaruhi oleh bisikan syaitan.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

1 ulasan:

Hidup anda di penuhi keberkatan