Selasa, 19 April 2011

Pengalaman di Super Show 3 pada 19 MAC 2011


Pada pagi 19 Mac 2011, saya bangun agak lewat sikit daripada masa yg di harapkan. Saya terus menuju ke bilik mandi untuk bersihkan diri dan bersiap sedia untuk keluar. Saya menyuruh abang saya menghantar saya dan Yatie ke Pasaraya Giant kerana kawan saya Syazie sudah menunggu di sana. Tujuan kami bertiga ke Giant adalah untuk mengisi perut terlebih dahulu kerana kami berpendapat akan sukar untuk makan di Bukit Jalil. Kami makan di KFC sampai pukul 1.30 p.m. Selepas itu kami mahu ke stesen bas untuk menaiki bas ke Stesen LRT Sentul Timur. Malangnya, hujan turun dengan lebat sekali dan kami mengambil keputusan untuk meredahnya kerana sudah agak lewat dari masa yang kami tetapkan untuk ke sana. Mujurlah semasa meredah hujan untuk ke stesen bas kami telah terserempak dengan sebuah teksi dan mengambil keputusan untuk menaikinya. Teksi itu terus membawa kami ke Stesen LRT di dalam hujan yang lebat itu. Setelah sampai, kami pun menunggu tren sepatutnya yang akan membawa kami ke Bukit Jalil.
Hati memang berdebar-debar dan tak sangka yang saya akan ke konsert mereka – Super Junior! Semasa di dalam tren, saya nampak ramai ELF dan memang mudah untuk mengenalpasti mereka kerana mereka semua memakai baju warna biru atau bertulis Super Junior. Saya hanya tersenyum kegirangan kerana mendapati Super Junior mempunyai ramai peminat yang menyokong mereka di sini. setelah melewati bebrapa stesen, akhirnya saya sampai juga di Bukit Jalil.
Di sini pun hujan dan kami terpaksa meredahnya sekali lagi. Sampai di sana, saya mencari seorang kakak untuk menuntut sepanduk (sebenarnya tuala yang saya pesan) yang telah saya pesan dan beli daripadanya. Setelah selesai urusan tersebut, kami mencari pula kakak yang mengadakan kempen ‘no colour pollution , only blue allowed’ kerana kami sudah berjanji untuk berjumpa mereka sekaligus menolong mereka. Ketika sedang mencari, saya mengalami nasib malang lagi. Selipar yang saya guna terputus talinya (huaaa! Tak dapat digambarkan perasaanya!!). syazie memberi idea supaya mengikat kembali selipar yang putus itu dengan ‘plaster’ luka (betul-betul menyelamatkan keadaan). 
Akhirnya, kami jumpa kakak-kakak tersebut dan saya tak dapat bergerak sangat kerana ‘plaster’ tersebut tak beberapa kukuh. Saya hanya berdiri mematung di samping kakak-kakak tersebut dan hanya mampu melihat keadaan sekeliling saja kerana Yatie dan Syazie sedang berjalan-jalan untuk melihat kawasan persekitaran. Saya tak tahu nak bicara tentang apa dengan kakak-kakak tersebut kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris untuk bertutur (memang susah nak susun ayat) dan saya hanya berdam diri sahaja menunggu pintu stadium di buka. Pada pukul 4.25 , pintu pun di buka dan ramai ELF berpusu-pusu masuk ke dalam. Sebelum masuk, mereka memriksa beg kami terlebih dahulu untuk memastikan tiada barang larangan yang di bawa masuk (ramai ELF menyeludup masuk kamera mereka).
Saya duduk di tempat saya (barisan B nombor 14) dan memerhati keadaan sekeliling. Tempat duduk saya amat strategik juga walaupun di atas dan tak mungkin dapat bersalaman dengan mereka, tapi saya boleh nampak dengan jelas aktiviti yang akan mereka lakukan di setiap sudut. Saya begitu teruja kerana berjaya menjejakkan ke stadium untuk melihat konsert mereka. Saya pun bergambarlah bersama Syazie sebagai kenangan (Yatie berada di tempat duduk lain kerana dia beli tiket yang mahal sdikit berbanding kami). Kami menunggu dan akhirnya, tepat pukul 6.15 bermulalah konsert tersebut. Kami menjerit sekuat hati semasa konsert di adakan untuk menunjukkan sokongan kami kepada mereka. Persembahan mereka amat memukau hati kami dan ELF yang lain. Saya juga memberi peluang kepada kawan-kawan saya yang tak dapat hadir ke konsert tersebut untuk mendengar nyanyian idola mereka melalui telefon saya.
Selepas hampir tiga jam konsert berlangsung, akhirnya tamat pada pukul 9.15 p.m. Terlihat riak wajah para ELF di situ yang puas dengan persembahan yang di berikan oleh Super Junior. Saya pun bergegas keluar dan stadium itu terlihat lenggang kerana ramai ELF telah meninggalkan lokasi tersebut. Memang ramai orang di stesen LRT bukit Jalil untuk membeli tiket LRT dan barisannya amat panjang (Terasa seperti membeli tiket Konsert Super Junior).
Selepas itu, kami berhimpit-himpitan di dalam LRT kerana sesak dengan orang ramai yang mahu pulang ke destinasi mereka seperti kami. Terpapar riak keletihan di wajah kami, tapi kami tetap berasa gembira kerana dapat melihat Super Junior dengan mata kasar kami sendiri.
Saya ingin berterima kasih kepada kakak dida (kakak kepada Syazie) kerana menghantar kami pulang dengan selamat. Saya berharap dapat lagi menjejakkan kaki ke konsert mereka di masa akan datang. Selain itu, saya amat berterima kasih kepada Syazie! Tanpa dia, saya tak mungkin dapat ke konsert tersebut (Sayang kau banyak-banyak!!!).
Akhirnya, saya tulis juga pengalaman saya di sana setelah hampir sebulan. Pengalaman itu amat berharga dan tak dapat di lupakan ( buktinya, saya mampu menulis balik walaupun sudah sebulan berlalu, hahaha). Saya amat bersyukur dapat pergi dan ini membuktikan yang saya benar-benar menyokong mereka (‘TrueELF’). Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih Super Junior! Terima kasih kepada SEMUA!

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hidup anda di penuhi keberkatan