Sabtu, 16 April 2011

Hari yang malang~

16 APRIL 2011

Lalala~ saya tengah mendegar radio Seoul FM sekarang. Mereka memainkan lagu Super Junior sejak tadi...Jadi, saya pun melekat di sini lama sikit untuk SuJu saya!! Oh ya! saya ni memang jarang teramat sangat mengemaskini blog. Cemburu jugak saya tengok kawan-kawan saya (baca= Syazie,faradila,Hana dan Nurul) yang selalu mengemaskini blog mereka. Saya memang amat ketinggalan, tapi saya tak risau sangat sebab saya dah lama dalam blog ni sebelum mereka tapi cuma jarang tulis di sini saje. Saya memang mendahului mereka/kawan-kawan dalam bidang-bidang camnih, hehehe (narciss jap). Saya hanya nak blog yang ringkas dan tak beberapa rumit (hehehe). Saya pernah katakan untuk 'post' tentang Super Show 3, tapi tak buat lagi (maaf ye, sibuk sangat.) .Bila saya ada masa lapang nanti saya akan 'post'.
Saya nak cerita sikit, tadi saya pergi ke sekolah Sinar Bintang untuk pertandingan nasyid. Secara ringkas saya katakan, saya 'spoil' hari ni. Banyak benda yang berlaku pada diri saya, terasa diri memang malang hari nih. Benda yang terjadi :-



  1. Saya bangun lambat! Saya tak sempat siapkan segala benda (Kelam-kabut). Cikgu suruh datang sebelum pukul 7.30 a.m, tapi saya lambat beberapa minit.
  2. Tudung saya ada masalah kerana jenis kain yang licin(Bukan tudung saya sebenarnya, tapi sekolah) jadi susah nak bentuk. Saya memang berserabai bila sampai ke sekolah tu. P.S - benda ni buat saya 'moody/bad mood'
  3. Bila dah sampai, tapak kasut saya pulak lekang. Padahal saya duduk diam saja a.k.a tak bergerak langsung.
  4. Hujan pun turun, makin kritikal lah keadaan kasut saya. Nasib baiklah cikgu pinjamkan kasut buat sementara untuk persembahan (kalau untuk lama-lama,cikgu nak pakai kasut apa?)
  5. Bila tengah buat persembahan, tudung pulak buat hal lagi. Tudung tu makin ke depan dan menutup sebelah mata saya. Memang amat memalukan sebab posisi saya di tengah dan penonton memang nampak saya dengan jelas. Saya terpaksa teruskan persembahan tersebut dengan bersikap profesional dan tak peduli dengan apa yang berlaku dan masih tersenyum untuk menandakan saya ok.

Persembahan tersebut memang tak dapat di gambarkan. Kami di marahi oleh ustaz kerana persembahan agak mengecewakan sedikit (tak sanggup beritahu sebabnya). Kami pun ke kantin untuk makan (tak makan sebelum nasyid sebab jaga suara) dan saya mengambil keputusan untuk tukar tudung kepada yang lebih selesa sikit (selendang hitam kegemaran). Seterusnya, saya bergambar bersama-sama rakan sebagai kenangan (maklumlah, tahun terakhir sebagai pelajar sekolah menengah). Tapi nasib memang tidak menyebelahi kami, kami tidak menang dalam pertandingan nih. Segala usaha keras dalam latihan selama ini akan menjadi sebuah pengalaman yang amat berharga yang pernah saya tempuhi. Bagi melupakan semua nih, saya dan kawan-kawan (baca= Syazie,Athirah,Faradila dan Arfiyah) menyanyi lagu KOREA (dengar guna 'speaker' baru Syazie + MP3 dia) dan singgah ke KFC untuk makan.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hidup anda di penuhi keberkatan