Sabtu, 30 April 2011

Doa ialah hadiahku~

Hari ini saya bangun lambat kerana keletihan daripada latihan menari semalam. oleh itu, saya tidak hadir aktiviti kokorikulum di sekolah. Badan saya sakit sekarang (Terutamanya kaki dan belakang badan). Maaf ya kepada kawan-kawan yang mesej atau menelefon saya kerana saya tak respon, bateri habis (hahaha). Semalam dan hari ini saya dapat makan kek saja, perisa coklat dan kopi (Hari lahir adik saudara dan sumbangan kelas 5C). Betul-betul sedap. Tapi, sebab itu juga yang membuatkan saya berasa sedih sedikit bercampur cemburu. Mereka semua dapat kek atau hadiah semasa hari lahir, sebaliknya saya tidak. Saya tidak pernah merasakan bagaimana menyambut hari kelahiran. Namun, ada sesuatu yang membezakan saya dengan mereka, iaitu doa. Ibu saya tidak akan pernah lupa untuk berdoa buat kami semua apabila menjelang hari kelahiran kami. Itu adalah sebuah hadiah yang berharga saya perolehi, Doa Selamat.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Jumaat, 29 April 2011

Sukanya menulis~

Sekarang saya dah suka menulis blog. Saya mahu menghidupkan kembali blog saya ini. Blog ini juga merupakan blog peribadi saya dan banyak saya ceritakan di sini tidak akan boleh di baca mana-mana. Saya akan menulis coretan ringkas ataupun yang panjang macam karangan. Memandangkan saya tak tidur lagi, saya pun tak tahu nak menulis apa. Saya rasa lebih baik saya tidur dahulu kemudian sambung kembali menulis blog selepas saya balik sekolah. Selamat tinggal ! selamat malam!

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Sabtu, 23 April 2011

Coretan lagi~

Wah, hari ini sehari suntuk saya menghadap komputer. Maklumlah, peluang susah di dapati. Hari ini abang saya dengan baik hati memberi saya main internet lama-lama. Sebenarnya waktu saya main internet adalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja (Abang saya yang tetapkan jadualnya) tetapi kali ini saya dapat main selama tiga hari (bukanlah sesuatu yang baru bagi saya). Selama ini saya adalah pemain internet tegar (bahasa baru ke? hahaha).. Memandangkan tahun ini saya akan menghadapi SPM , masa saya bermain dikurangkan dan hanya diperuntukkan selama dua hari sahaja. Sedih rasanya tak dapat melayari internet lama-lama kerana banyak benda yang saya ingin buat dengannya. Tetapi saya bersyukur dapat bermain selama dua hari daripada tak dapat langsung (masih tak dapat terima kenyataan). Hari ini saya sudah mengemaskini semua blog saya, kalau nak tahu bukaklah sendiri.

P.S - Saya baru perasan yang saya suka mencampurkan bahasa formal dengan tak formal. Patutlah ayat bunyi lain macam saja. Tapi tak engapa, asalkan anda semua faham. Kalau tak faham juga, saya tak tahu nak buat apa-apa (pandai-pandailah fikir). Saya makin seronok lepas tengok muzik video Super Junior KRY !! DAEBAK OPPADEUL!!

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Masalah komen selesai...

Saya betul-betul gembira dan berasa lega apabila masalah komen di blog saya sudah selesai. Terima kasih kepada 'Blogger' yang lain kerana memberitahu cara menyelesaikannya. Sehari suntuk saya cuba mencari punca masalah ini, akhirnya jumpa juga. Wahai kawan-kawanku, kamu boleh komen kembali di blog saya.
Marilah kita mencurahkan idea bersama-sama. Jika anda ada sebarang masalah, saya akan cuba membantu anda menyelesaikannya. Kesimpulannya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan bergantung kepada diri kita sendiri untuk berusaha mengatasinya.

Salam sayang semua!

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Rabu, 20 April 2011

Personalitiku

Ok, kali nih saya nak cerita perbezaan personaliti saya di rumah dan di luar berbanding dengan personaliti saya di sekolah.

Saya mulakan dengan personaliti saya di rumah dan di luar. Saya sebenarnya seorang yang agak bising apabila melibatkan sesuatu yang teruja terutamanya berkaitan minat saya (baca=Super Junior) . Saya agak manja sedikit dengan keluarga saya kerana saya merupakan anak bongsu. Segala yang terjadi di kehidupan seharian akan saya kongsikan bersama keluarga saya. Saya tak mahu ibu bapa saya melihat saya menangis akibat kesusahan kehidupan kami yang dialami pada tahun ini kerana tak mahu mereka patah hati melihat saya menderita. Saya tetap senyum di hadapan ibu bapa saya walaupun ketika mereka menceritakan masalah kewangan yang perlu di tanggung. Saya bersikap ceria setiap hari untuk menghiburkan hati mereka. Tetapi, ahli keluarga saya yang lain pernah melihat saya menangis kerana masalah yang di hadapi kami dan saya cuba untuk tabahkan diri. Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu peka terhadap perubahan fesyen pada zaman ini. Bagi saya, benda ini tidak beberapa penting kerana saya mendahulukan pelajaran seperti nasihat ibu saya. Saya akan mengubah segala-galanya dan akan mula berdikari apabila tamat saja peperiksaan SPM nanti. Bagi rakan-rakan yang mengenali diri saya, mereka tahu yang saya juga seorang yang riuh dan banyak bercakap.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Selasa, 19 April 2011

Pengalaman di Super Show 3 pada 19 MAC 2011


Pada pagi 19 Mac 2011, saya bangun agak lewat sikit daripada masa yg di harapkan. Saya terus menuju ke bilik mandi untuk bersihkan diri dan bersiap sedia untuk keluar. Saya menyuruh abang saya menghantar saya dan Yatie ke Pasaraya Giant kerana kawan saya Syazie sudah menunggu di sana. Tujuan kami bertiga ke Giant adalah untuk mengisi perut terlebih dahulu kerana kami berpendapat akan sukar untuk makan di Bukit Jalil. Kami makan di KFC sampai pukul 1.30 p.m. Selepas itu kami mahu ke stesen bas untuk menaiki bas ke Stesen LRT Sentul Timur. Malangnya, hujan turun dengan lebat sekali dan kami mengambil keputusan untuk meredahnya kerana sudah agak lewat dari masa yang kami tetapkan untuk ke sana. Mujurlah semasa meredah hujan untuk ke stesen bas kami telah terserempak dengan sebuah teksi dan mengambil keputusan untuk menaikinya. Teksi itu terus membawa kami ke Stesen LRT di dalam hujan yang lebat itu. Setelah sampai, kami pun menunggu tren sepatutnya yang akan membawa kami ke Bukit Jalil.

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Sabtu, 16 April 2011

Happy Birthday !

16 APRIL 2011


SELAMAT HARI LAHIR

YANG KE 15

KEPADA

MOHAMMAD AIRIL HAFIY MOHAMMAD YUSDI
(Adik saudara saya)


Semoga panjang umur dan murah rezeki. Akak harap Ilin berusaha untuk PMR tahun nih.



THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Hari yang malang~

16 APRIL 2011

Lalala~ saya tengah mendegar radio Seoul FM sekarang. Mereka memainkan lagu Super Junior sejak tadi...Jadi, saya pun melekat di sini lama sikit untuk SuJu saya!! Oh ya! saya ni memang jarang teramat sangat mengemaskini blog. Cemburu jugak saya tengok kawan-kawan saya (baca= Syazie,faradila,Hana dan Nurul) yang selalu mengemaskini blog mereka. Saya memang amat ketinggalan, tapi saya tak risau sangat sebab saya dah lama dalam blog ni sebelum mereka tapi cuma jarang tulis di sini saje. Saya memang mendahului mereka/kawan-kawan dalam bidang-bidang camnih, hehehe (narciss jap). Saya hanya nak blog yang ringkas dan tak beberapa rumit (hehehe). Saya pernah katakan untuk 'post' tentang Super Show 3, tapi tak buat lagi (maaf ye, sibuk sangat.) .Bila saya ada masa lapang nanti saya akan 'post'.
Saya nak cerita sikit, tadi saya pergi ke sekolah Sinar Bintang untuk pertandingan nasyid. Secara ringkas saya katakan, saya 'spoil' hari ni. Banyak benda yang berlaku pada diri saya, terasa diri memang malang hari nih. Benda yang terjadi :-

THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST