Ahad, 27 Mac 2011

Berusaha untuk SPM !

27 Mac 2011 ,

Hari ini saya tak pasti sama ada mahu menulis tentang pengalaman saya di Super Show3 atau tidak. Saya sibuk dengan kerja sekolah yang makin banyak. Memang susah bila dah tingkatan 5, semua kerja kena buat betul-betul sebab ia akan menetukan masa depan kita. Semasa kakak-kakak yang mengambil keputusan SPM 2010 pada rabu lepas, saya hanya mampu melihat reaksi mereka sahaja. Tak dapat di bayangkan pada tahun depan saya juga akan mengalami pengalaman seperti itu. Apa yang patut saya buat? adakah senyum atau menangis ketika mengambil keputusan. Semua itu boleh di ubah jika saya berusaha keras pada tahun ini untuk memperbaiki subjek yang lemah dan menguasai subjek yang lain. Saya mahu melihat keluarga saya bangga dengan pencapaian saya dan mengharumkan nama keluarga saya juga. Saya ada buat beberapa perancangan untuk tahun ini, tapi saya rasa saya perlukan kaunselor untuk membimbing saya. Saya NAK BERUBAH. Saya harap saya akan mempraktikkan apa yang saya cakap ini. Semua ini ialah HARAPAN yang bercampur dengan USAHA berserta DOA untuk mencapai KEJAYAAN bagi merealisasikan IMPIAN.


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Sabtu, 19 Mac 2011

Super Show 3 at Malaysia!!



Hari ini tibanya masa untuk pergi konsert Super Show 3 Super Junior di stadium Bukit Jalil. Hati sangat berdebar-debar untuk menyaksikannya. Super Junior!!! setelah sekian lama saya menanti, akhirnya dapat juga untuk bertemu dengan kamu semua.

Tiket ini saya beli pada bulan lepas iaitu 19 Februari 2011. sebenarnya bukan saya yang beli, tapi saya kirim kepada seorang kakak yang saya kenal untuk membelinya kerana pada hari tersebut saya ada sekolah ganti. setelah habis sekolah, saya terus bergegas ke lokasi jual tiket tersebut di Sungei Wang untuk menuntutnya. Apabila tiket itu berada di tangan saya, saya seperti tidak percaya yang saya akan pergi Super Show 3. Saya masih teringat masa Super Show 2 , saya hanya berada di luar stadium sahaja kerana tak dapat membeli tiket. Sekarang, semua dah menjadi kenyataan.
Saya menjadi lebih teruja apabila membeli 'light stick' Super Junior yang berwarna biru itu. Cahayanya sangat terang dan menyilaukan mata.



Haa!!!! saya sudah tidak sabar untuk ke sana. Ada juga yang sudah berkhemah di hadapan stadium tersebut sekarang. Saya akan pergi ke stadium tersebut pada tengah hari ini. Saya sedih apabila tak dapat bawa kamera bersama. Pihak penaja melarang kami membawa kamera jenis DSLR dan juga kamera yang lain. Tetapi, kesemua ELF sudah ada rancangan untuk mnyeludup masuk kamera mereka, hahaha. Harap-harap mereka berjaya. Saya tak berani menanggung risiko, jadi terpaksalah membatalkan niat untuk membawa kamera. Sampai sini sahaja coretan saya sebelum konsert Super Show 3. Saya akan kembali dengan coretan seterusnya yang berkaitan pengalaman saya di sana!

Terima kasih! *tunduk 90 darjah*
THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST