Rabu, 16 Februari 2011

Coretan hari ini

Hello, kita bertemu lagi. Seperti yang dijanjikan, saya kembali semula pada hari ini. Esok saya masih ada ujian lagi, ujian bahasa Inggeris. Saya masih tak buat apa-apa persedian lagi. sekarang saya tengah 'menggila' sebab baru saja lepas tengok 'teaser' Super Junior M punya lagu. Kyaaa!!!! mereka betul-betul hebat tambah kacak tambah berkarisma. Saya tekan butang 'play' banyak kali hanya untuk puaskan hati, tetapi hati tetap tak puas sebab nak tengok muzik video yang penuh. Hahaha,Oh Tai wan mei, ni yan li wo chu xian (menyanyi sekejap). Sebenarnya baru-baru ini ada satu kejadian yang telah berlaku yang menyebabkan saya tak dapat melupakannya. Kalau boleh saya nak ceritakan di sini, tapi saya telah membuat keputusan untuk melupakan perkara itu dan tidak mengungkitnya kembali. Perkara ini sudah lepas dan saya sudah tiada minat untuk menceritakannya kembali.




Oh ya, pada 11 Februari 2011 yang lepas merupakan hari persaraan penolong kanan kokorikulum di sekolah saya. Majlis yang diadakan memang agak meriah daripada yang biasa. Saya terlibat dalam aktviti menjaga benteng yang akan memberi tabik hormat kepada VIP yang hadir pada hari itu. Saya rasa bersyukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar, dan tidak lupa juga dengan buah Oren Mandarin kegemaran saya (banyak dapat buah hari itu sebab sambut Tahun baru Cina sekali, hehehe)


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Setahun berlalu

Huaaa(menguap), waktu sekarang sepatutnya saya dah tidur. Tapi saya tangguhkan waktu tidur saya kerana mahu mengemaskinikan blog ini. 'Post' ini mewakili awal tahun bagi saya dalam blog ini meskipun dah bulan Februari. Rupanya dah hampir setahun saya tak menulis di blog ini. Jarak masa yang agak jauh. Tahun ini saya sibuk sangat sampai tak sempat nak 'update' segala-galanya. Dapat menulis ni pun dah kira bersyukur. Saya ada ujian esok, tapi masih boleh bermain komputer ( ujian penting tuh). Tahun ini saya kena bergelut dengan SPM. Harap-harap saya dapat melakukan yang terbaik. Mata pun dah pedih ni, nampaknya terpaksa berhenti menulis sekejap. Saya akan cuba kembali kepada blog ini esok. Good night ~ *_*
THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST