Jumaat, 16 April 2010

Apa yang sedang aku fikir?

Aku sudah 16 tahun. Baru-baru ni, aku rasa bosan ke sekolah. Ia disebabkan aku sudah tingkatan 4 sekarang. Tingkatan 4 ni memang susah. Perlu fokus betul-betul untuk bersedia menjawab SPM tahun depan kerana hampir 60% soalan diambil daripada Tingkatan 4. Kerja sekolah pun berlambak tidak mengira waktu walaupun cuti. Tekanannya amat dirasai sekarang. Aku tertanya-tanya, kalau sekarang fikiranku dah runsing, agaknya dah kerja nanti lagi berserabut fikiran ni. Aku mahu mengejar impianku. Terlalu banyak kata-kata orang ku dengar tentang diriku sendiri. Ia mengambil masa untuk aku berubah menjadi seperti mereka hendakkan. Aku ingin menjadi seorang yang optimistik.
Jadi, aku mesti berusaha untuk menghadapi cabaran ni!

P.S: Selamat Hari Jadi yang ke 14 Airil!
THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST