Jumaat, 18 April 2014

Sekali setahun?



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian. Selepas satu tahun, yayah kembali lagi. hanya untuk mengemaskini apa yang perlu. Sedih pula lihat blog sendiri, hanya post sekali setahun, yang lebih menarik mesti pada bulan April dan tarikh yang berdekatan. Apabila fokus bekerja, blog memang ditinggalkan sebab tiada masa untuk post rutin harian. Ada sesiapa mempunyai tips tentang cara untuk kekal mengemaskini blog? haaa...mesti rajin salah satu ciri-cirinya kan? kekangan masa menyebabkan agak sukar untuk Yayah jadi aktif di sini. Di samping itu, Yayah sayang semua pembaca blog ini. Jika tiada halangan, akan Yayah kembali aktif.

Salam sayang semua, jumpa lagi di post yang akan datang!


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST

Jumaat, 19 April 2013

Setahun menyepi


 COMEBACK?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog ini. Sudah setahun Yayah tak menulis entry di sini, sungguh berhabuk blog ni dah jadi. Ada sesiapa yang nak tolong kemas? Hahahaha. Yayah melalui pelbagai pengalaman sepanjang setahun berdiam diri daripada menulis blog. Kalau ada masa yang lebih, akan Yayah cuba kongsikan. Diulangi sekali lagi, CUBA
Apa khabar pembaca sekalian? Diharapkan anda semua sihat sejahtera. Yayah nak merangka pelan untuk mengubah sedikit design blog ni, walaupun dah setahun ayat ‘under construction’ berlegar-legar di atas, hahahaha. Agak susah sebenarnya nak cari masa yang lapang untuk buat semua tu disebabkan sibuk setiap hari. 
Kenapa Yayah sibuk sangat? Hehehe, itu rahsia. Nanti kalau ada kesempatan Yayah ceritakan. Apa-apa pun, entry ini hanyalah sekadar sapaan kepada pembaca semua sekaligus merupakan comeback Yayah selepas setahun hiatus.


THANK YOU, SEE YOU IN THE NEXT POST